PAS
bimbang PRU13 dan Dengki dengan BR1M kerena mendahuli “Negara Berkebajikan”
Isu
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji, sebenarnya dicetuskan oleh PAS
kerana mereka takut, Datuk Seri Najib umumnya PRU13 musim haji ini. Sebenarnya
PAS takut PRU diadakan dalam masa terdekat, kerana mereka belum bersedia.
Selain
itu PAS hendak menimbulkan kemarahan orang Melayu/Islam terhadap UMNO dan BN
yang dianggap memonopoli keputusan tarikh PRU, jika DS Najib umjum pilihan raya
musim haji. Padahal Datuk Seri Najib akan pertimbangkan dalam semua segi, jika
ingin mengumumkan tarikh PRU13. Kalau musim haji, bukan orang PAS sahaja pergi
haji, orang UMNO, PKR, DAP (Melayu) ada juga pergi Haji. Raya Haji dijangka 24
Oktober 2012. Saya yakin bahawa tak mungkin Datuk Seri Najib akan menganiaya
orang Islam yang layak mengundi, yang masih lagi melakukan ibadah haji. Tapi pasal
PAS takut partinya kalah, dia buat macam-macam tohmah dan andaian.
BR1M Bukti Datuk Seri Najib Tidak
mendusta agama
Datuk
Seri Najib telah membayangkan akan membantangkan Budget 2013 pada Sessi
Parlimen bulan September ini. Kerajaan juga dijangka memberi BR1M kedua dan
lain-lain bantuan kebajikan kepada rakayat. Sedangkan PAS cuma janji mulud
sahaja nak tegak “Negara Berkebajikan”, tak macamana bentuk pun masih kabur.
Datuk
Seri Najib, selaku pemimpin yang memegang amanah Allah SWT, DS Najib telah buktikan
bahawa beliau telah melaksanakan perintah Allah SWT yang terdapat dalam surah
al-Ma’un.
Firman
Allah, maksudnya; “Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang
yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang
miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai dari
solatnya, (celaka juga) orang yang berbuat riya (melakukan sesuatu amal
perbuatan tidak untuk mencari keridhaan Allah akan tetapi untuk mencari pujian
atau kemasyhuran di masyarakat), dan (celaka juga orang yang) enggan (menolong
dengan) barang berguna (al-Ma’um).”
Pelbagai
pendapat berkiatan dengan maksud ‘al-ma’um’. Umumnya para ulama memberi maksud
“zakat”, tapi ada ulama menafsirkan al-ma’un termasuk barang-barang keperluan
dalam sesebuah keluarga, seperti peralatan keperluan dapur seperti pisau,
kapak, baldi, periuk belanga dan lain-lain.
Menurut
Ibnu Kathir yang menafsir ayat ini bahawa, dianggap celaka dan orang menipu
agama ialah orang yang tidak menunaikan ibadah dengan baik (solat tidak dengan
kusyuk), tidak melakukan kebajikan (kebaikan) terhadap sesama makhluk dan tidak
mahu memberi pinjaman akan barang-barang keperluan terhadap pihak yang
memerlukan.
Sementara
ada ulama lain mensifatkan ayat ini, bahawa Allah mengecam pihak yang mampu,
yang enggan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan, sama ada berupa
wang atau harta benda. Kerana menurut pendapat Al-Khitabi, bahawa maksud
“al-ma’un” ialah suatu benda yang mesti diberikan kepada mereka yang meminta
(atau yang tidak memintak, kerana menjaga maruah, tetapi mereka golongan yang memerlukan).
Dalam
hal ini, tindakan DS Najib memberi bantuan BR1M adalah beliau melaksanakan apa
yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam surah al-Ma’un. Dengan itu beliau
terbebas daripada tergolongan ke dalam golongan “pendusta agama” dan tidak
tergolongan orang yang dianggap “celaka” oleh Allah. Sebaliknya, golongan yang
hanya bercakap sahaja nak tegak “Negara Berkebajikan”, tanpa melaksanakan dalam
realiti, dan mereka sangka buruk kepada usaha kebajikan yang dilakukan oleh DS
Najib, sebenarnya merekalah “golongan pendusta agama” dan dianggap “celaka”
oleh Allah dalam surah Al-Ma’un.
BR1M
adalah bantuan keperluan bagi meringakan beban rakyat. Apakah, apa yang DS
Najib lakukan itu salah di sisi Islam? Bukankah dalam surah Al-Ma’un Allah mensifatkan
sebagai “penipu agama” orang tidak membantu orang miskin. Dan diherdik sebagai
golongan yang “celaka” terhadap orang yang tidak memberi bantuan barang
keperlua (al-Ma’un) kepada orang yang memerlukan?. Dalam hal ini DS Najib telah
laksanakan BR1M (bantuan kebajikan), dan beliau bukan lagi “penipu agama” macam
orang PAS. Soal kononnya niat kerajan nak pancing undi, itu masalah lain. Soal
niat itu hubungan antara DS Najib dengan Allah SWT, yang Allah sendiri akan menilainya,
itu urusan Allah, kenapa PAS perlu campur tangan?.
Kalau
PAS berani mendakwa undi PAS dapat pahala, apakah hak memberi “pahala” itu hak
PAS, bila pula Allah amanahkan kepada PAS untuk mengagih-agihkan pahala kepada
orang yang mengundi PAS. Bagaimana dengan orang bukan Islam yang undi PAS dapat
pahala juga ke…?.
Pahala
adalah kurniaan Allah, dan dengan bekalan pahala seseorang itu akan dapat masuk
syurga, itu janji Allah. Tapi bila PAS beri jaminan undi PAS dapat pahala, maka
orang bukan Islam pun dapat pahala juga ke…? Kalau macam tu orang bukan Islam
tak payah ucap syahadah (tak payah anut Islam), pangkah saja PAS dapat pahala
dan dapat masuk syurga… Apa cerita ni… Nak pancing undi cara janji pahala
mudah, tak perlu keluar belanja. Tapi nak laksanaka “Negara Berkebajikan”
seperti BR1M kena ada banyak wang… PAS tak mampu lagi, nak tunggu menang PRU dulu.
Itu janji Mat Jenin.
Tapi,
apa-apa pun, yang dilakukan oleh DS Najib ialah menepati apa yang disebut oleh
Allah SWT dalam surah Al-Ma’un. Soal niat, itu urusan Allah SWT yang
menilainya. Kita tidak tahu apa yang ada di dalam hati seseorang, Allah SWT
sahaja yang mengetahui dan menilainya. Orang lain, khususnya (ulama) PAS tidak
diberi hak oleh Allah SWT dapat melihat apa yang ada di dalam hati seseorang.
Hatta Rasulullah SAW pun tidak tahu apa yang ada dalam hati umatnya, kecuali
apa yang Allah SWT beritahu kepadanya. Apakah Nik Aziz tahu melebihi daripada
pegetahuan Allah…? Sehingga berani mendakwa undi PAS dapat pahala, undi UMNO
neraka…? Apakah Nik Aziz diberi amanah untuk agih-agih pahala pada orang yang undi
PAS, termasuk kepada orang bukan Islam…?
Firman
Allah, maksudnya; “Dia (Allah) mengetahui apa yang kamu rahasiakan (dalam
hati) dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan
(sama ada niat ikhlas atau tidak).” (Surah al-An’am ayat 3).
Firman
Allah, maksudnya; “Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit
dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu
atau kamu menyembunyikan, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang
perbuatanmu itu (sama ada nak diberi palaha/syurga atau dosa/neraka). Maka
Allah mengampuni sesiapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa sesiapa yang
dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah
ayat 284).
Ayat-ayat
di atas ertinya bahawa menentukan untuk diberi balasan pahala (syurga) dan dosa
(neraka) adalah urusan Allah. Kerana pahala dan dosa milik Allah, demikian
dengan syurga dan neraka. Bukan hak PAS, dan bukan PAS boleh tentukan.
Ini
yang PAS dan PR bimbang. PAS bimbang BR1M menempelak PAS yang menjanjikan “Negara
Berkebajikan”, sebab itu PAS memfitnah DS Najib dengan macam-macam… Semuanya kerana
dengki.
2 comments:
Terima kasih kerana share ilmu ini... Baru saya faham kedudukan sebenar Siapa PAS dan apa itu BR1M... Itu amal kebajikan...
Terima kasih kerana share ilmu ini... Baru saya faham kedudukan sebenar Siapa PAS dan apa itu BR1M... Itu amal kebajikan...
Post a Comment