Thursday, January 6, 2011

PENENTANG DAN PEMBERONTAK BERSIFAT EGO, WARISAN SIFAT IBLIS DAN FIR’AUN, SUNTIKAN DARI DS ANWAR

PENENTANG DAN PEMBERONTAK BERSIFAT EGO, WARISAN SIFAT IBLIS DAN FIR’AUN, SUNTIKAN DARI DS ANWAR

Tajuk akhbar 7 Januari 2011 MB Selangor ‘keras kepala’ – NGO. Sebenarnya bukan keras kepala, tapi EGO. Inilah penyakit orang yang diberi dan ada pangkat. Bukan baru penyakit ini, bahkan sejak zaman Iblis sebelum dijadikan manusia (Adam as) lagi, dan setelah manusia ada di muka bumi ini Fir’aun pula kena penyakit EGO itu.

Iblis kena penyakit EGO semasa Allah jadikan Adam (as) dan diperintahkan supaya sujud (taat dan hormati) kepada Adam (as). Iblis enggan taat kepada perintah Allah kerana EGO, merasa diri mulia sebab ada pangkat ketika itu sebagai ketua kepada malaikat. Iblis lupa pangkat itu diberikan oleh Allah, Iblis lupa diri sehingga melawan dan derhaka kepada Yang beri pangkat padanya, iaitu Allah.

Demikian dengan Fir’aun. Dia juga kena penyakit EGO setelah menjawat jawatan tertinggi sebagai Raja Mesir. Fir’aun pun lupa kedudukannya sebagai Raja yang ditakdirkan oleh Allah, sehingga dia lupa dirinya, lalu derhaka kepada Allah, dia lupa dia makhluk Allah dan hamba Allah, sehingga berani mengaku dirinya sebagai Tuhan (boss) dan melawan boss (Tuhan).

Macam tu lah MB Perak. Sama juga dengan bekas MB Perak dulu. Penyakit yang sama ada juga pada Ketua Menteri PP dan para pemimpin yang bertindak menjadi pembangkang, dengan melawan dan menderhaka Sultan dan Raja. Mereka lupa pangkat dan bintang kebesaran yang mereka terima itu dikurniakan oleh Sultan dan Raja, jawatan yang disandang juga direstui dan diperkenankan oleh Sultan dan Raja. Semua mereka terkena Penyakit EGO, sama dengan penyakit Iblis dan Fir’aun.

Sebenarnya MB Selangor asalnya orang baik dan seorang tokoh korporat yang pandai mengurus (wang). Tapi mindanya telah dirosakkan oleh Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang, DS Anwar. Macam tu juga perangai bekas MB Perak, bertukar menjadi agresif dan menjadi penderhaka daripada asalnya seorang yang terkenal sebagai tawadhuk dan lemah lembut. Di antara sebab EGOnya menjadi meluap-luap, kerana merasa dirinya berkuasa (kerana ada kuasa sebagai MB Perak) sehingga berani menderhaka kepada Sultan dan juga kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz (yang pernah menasihatnya supaya akur kepada Sultan yang memerintahkan dia melepaskan jawatan MB, kerana tidak mendapat sokongan majoriti ADUN Perak).

Virus EGO yang asalnya dari Iblis dan Fir’aun itu disuntik oleh DS Anwar Ibrahim, yang memang terkenal seorang yang EGO dan sering memberontak dan mengadakan demontrasi sejak zaman dia jadi pemimpin pelajar di Universiti dan ABIM sejak tahun 70’an lagi. Setelah menjawat jawatan Tim. Perdana Menteri, Anwar melawan bossnya PM ketika itu Tun Dr.Mahathir.

Orang EGO tidak akan Berjaya, bahkan di hina oleh Allah.

Sabda Nabi s.a.w.; “Barang siapa yang tawadhuk kerana Allah, Allah akan mengangkat darjat dan kedudukannya menjadi mulia. Barang siapa yang EGO, Allah akan menjatuhkan darjat kedudukannya menjadi hina.” (Riwayat Al-Tabrani, Al-Bazzar dan lain-lain).