Monday, January 14, 2013

Salah faham PAS berkaitan penggunaan Kalimah Allah pada Zaman Jahiliah



Salah faham PAS berkaitan penggunaan Kalimah Allah pada Zaman Jahiliah. Apakah fikiran Nik Aziz masih jihiliah…?

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan, di antara sebab beliau bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, kerana berpendirian bahawa kalimah tersebut, “tidak hanya untuk orang Islam sahaja, malah jahiliah juga. Kalimah Allah ini disebut oleh orang jahiliah sejak zaman berzaman walaupun mereka menyembah berhala…” (Berita Harian 9 Februari 2013).





Kenyataan dan pendapat beliau ini adalah suatu kesilapan, kerana sejarah kedatang Islam dan motif utama Allah mengutus Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat jahiliah adalah kerana hendak membetulkan salah faham dan salah penggunaan orang jahiliah berkaitan kalimah itu. Memanglah terdapat ayat al-Quran yang menyebut; “Jika kamu bertanya kepada orang kafir (jahiliah) itu, siapakah yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka akan menjawab; Allah…”  (Luqman ayat 25 dan al-Zumar ayat 28).



Tetapi, ayat yang digunakan oleh Nik Abdul Aziz ini, tujuan diturunkan oleh Allah adalah sebagai penjelasan dan pendedahan Allah, bahawa hakikat hati kecil orang jahiliah memang mengakui wujudnya Allah, bukan tujuan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah itu untuk dirujuk kepada berhala dan penyembahan patung-patung mereka atau kepada konsep trinity oleh orang Kristian. Bahkan, walaupun mereka mengakui Allah sebagai Tuhan, tetapi dalam perlaksanaan hidup mereka mereka melakukan syirik dengan menyembah berhala dan orang Kristian mengsifatkan Nabi Isa itu anak Tuhan, sehingga Allah member penjelasan dengan diturunakan surah Al-Ikhlas bagi menafikan bahawa Allah mempunyai anak dan diperanakkan. Lantaran salah faham itu dan bagi membetulkan akidah mereka yang sesat itulah Allah mengutus Nabi Muhammad SAW. Tetapi Nik Aziz anggap ayat itu sebagai Allah membenar orang bukan Islam mengguna kalimah Allah yang dirujuk kepada keyakinan syirik mereka. Apakah fikiran Nik Aziz masih serupa ditahap orang jahilian?



Sekiranya, Nik Abdul Aziz menjadikan ayat tersebut sebagai hujjah untuk membolehkan  kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam yang merujuk kepada keyakinan syirik mereka, bererti beliau telah salah faham dengan maksud ayat tersebut, kerana sekiranya penggunaan kalimah Allah oleh masyarakah jahiliah dibenarkan oleh Allah dan dianggap tidak salah, kenapa Allah mengutus Nabi Muhammad SAW datang untuk membetulkan salah faham mereka  tentang Allah (tauhid). Sebab mereka (orang jahiliah) salah guna kalimah “Allah” itu yang dirujuk kepada berhala mereka dan salah faham mereka tentang amalan syirik penyembahan berhala itulah, Allah mengutus Nabi Muhammad SAW bagi menbetulkan kesilapan keyakinan mereka dan juga membetulkan cara beribadah mereka dengan meletakkan patung-patung di sekeliling Ka’abah.





Selain  itu, kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyebut “penggunaan kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan…” sebagai kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan Nik Abdul Aziz. Memang benar jika dibenar atau dibiarkan penggunaan kalimah Allah diguna dalam Bible atau mana-mana kitab agama bukan Islam, sudah pasti kalimah tersebut dirujuk kepada konsep ketuhan seperti yang mereka yakin. Kalau kalimah Allah dibenarlah diguna dalam Bible, sudah tentu orang Kristian akan merujuk maksud Allah itu kepada Nabi Isa, inilah yang dimaksudkan salah guna kalimah tersebut. Sedangkan keyakinan mereka bahawa Nabi Isa sebagai anak Tuhan pun sudah menyalahi akidah sebenar. Di sinilah Nik Aziz tidak berhalusi dalam mengeluarkan pendapatnya. Ini pendapat politik yang salah yang cuba diserapkan dalam agama.



Pendapat ini bukan sahaja mengelirukan umat Islam, bahkan orang bukan Islam pun nanti akan keliru, jika mereka telah yakin Allah itu macam patung-patung penyembahan mereka atau orang orang Kristian merujukkan kepada konsep trinity yang mensifatkan Nabi Isa anak Tuhan, tentu Allah itu dianggap macam manusia berkaki dan bertangan. Kalau sekiranya Nik Abdul Aziz hendak menjelaskan kepada mereka jika ditanya tentang sifat-sifat Allah, jika Nik Aziz mengatakan Allah itu tidak serupa dengan makhluk manusia, tentu orang Kristian keliru, kerana mereka belajar dalam Bible bahawa Allah itu dirujuk kepada Nabi Islam yang rupanya manusia. Dibimbangkan nanti, kerana hendak mempertahakan pandapatnya, Nik Abdul Aziz akan menjelaskan konsep ketuhanan itu dengan mengguna fahaman Mujassimah, menyerupai Allah dengan makhluk.



Kenapa Kristian Hendaklah Allah Sahaja dan Tidak Mahu Menerima dan Mengakui Nabi Muhammad Sebagai Rasul



Selain itu, persoalan kedua pula, kenapa pihak Kristian beria-ia sangat nak guna nama Allah. Sedangkan Allah sendiri yang melantik Nabi Musa dan Nabi Isa sebagai nabi dan rasul dan juga melantik Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir dan tidak ada lagi nabi dan rasul selepas Nabi Muhammad semua mereka diakui oleh Allah. Bahkan, Nabi Muhammad dan umat beliau diwajibkan mengakui bahawa Nabi Isa as sebagai nabi dan rasul, sedangkan orang Kristian tidak mahu mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul, bahkan menghina-hina pula Nabi Muhammad dengan karikator (kartun) dan dalam filem-filem yang sengaja dilakunkan…?



Kenapa orang Kristian hanya nak guna nama Allah sahaja, dalam masa yang sama mereka menolak dan tidak mahu mengakui dan menerima Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul, sedangkan Allah, Nabi Muhammad SAW sendiri dan umat Islam menerima dan mengakui Nabi Isa sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad juga ialah kekasih Allah. Mereka menerima Allah, tetapi menolak dan menghina-hina kekasih Allah.



PAS Patut Cadang orang Bukan Islam agar Terima Allah dan Nabi Muhammad Sekali



Demikian juga pihak PAS, khususnya Mursyidul Amnya, kenapa memperjuangkan sangat supaya kalimah Allah itu supaya dibolehkan diguna oleh orang bukan Islam, khususnya Kristian, apakah itu cara dakwah PAS untuk membetulkan akidah (konsep trinity) orang Kristian  atau suatu cara untuk menarik mereka kepada Islam, sedangkan PAS tidak pula mencadangkan agar dalam masa yang sama orang Kristian patut menerima dan mengakui juga Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul, sebagai mana umat Nabi Muhammad SAW (umat Islam) mengakui dan menerima Nabi Isa as, termasuk Nabi Musa as sebagai nabi dan rasul…?



Dalam hal ini, sepatutnya di samping PAS mendesak agar umat Islam membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah, PAS juga wajib memberitahu orang bukan Islam, khususnya orang Kristian agar sama-sama mengakui Nabi Muhammad SAW adalah sebagai nabi dan rasul akhir zaman yang wajib dikuti ajaran yang dibawanya yang datang daripada Allah yang mereka nak gunakan nama-Nya itu. Kenapa PAS tidak bertegas dalam hal ini, demi kerana perjuangan Islam…?  Atau kerana memperjuangkan politik untuk mengaut undi bukan Islam dalam PRU-13…?








Allah Beri Amaran Kepada Mereka yang Cuba Bermain Politik dengan Allah



Bagi golongan yang cuba bermain politik dengan kalimah Allah dengan cara menggunakan pelbagai helah politik (tipu daya), Allah telah memberi amaran dalam al-Quran; “Orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.” (Surah Ali Imran ayat 54).



Dalam ayat lain, Allah berfirman lagi; “Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka...” (Surah al-Nisa’ ayat 142).