Monday, January 14, 2013

Salah faham PAS berkaitan penggunaan Kalimah Allah pada Zaman Jahiliah



Salah faham PAS berkaitan penggunaan Kalimah Allah pada Zaman Jahiliah. Apakah fikiran Nik Aziz masih jihiliah…?

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan, di antara sebab beliau bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, kerana berpendirian bahawa kalimah tersebut, “tidak hanya untuk orang Islam sahaja, malah jahiliah juga. Kalimah Allah ini disebut oleh orang jahiliah sejak zaman berzaman walaupun mereka menyembah berhala…” (Berita Harian 9 Februari 2013).





Kenyataan dan pendapat beliau ini adalah suatu kesilapan, kerana sejarah kedatang Islam dan motif utama Allah mengutus Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat jahiliah adalah kerana hendak membetulkan salah faham dan salah penggunaan orang jahiliah berkaitan kalimah itu. Memanglah terdapat ayat al-Quran yang menyebut; “Jika kamu bertanya kepada orang kafir (jahiliah) itu, siapakah yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka akan menjawab; Allah…”  (Luqman ayat 25 dan al-Zumar ayat 28).



Tetapi, ayat yang digunakan oleh Nik Abdul Aziz ini, tujuan diturunkan oleh Allah adalah sebagai penjelasan dan pendedahan Allah, bahawa hakikat hati kecil orang jahiliah memang mengakui wujudnya Allah, bukan tujuan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah itu untuk dirujuk kepada berhala dan penyembahan patung-patung mereka atau kepada konsep trinity oleh orang Kristian. Bahkan, walaupun mereka mengakui Allah sebagai Tuhan, tetapi dalam perlaksanaan hidup mereka mereka melakukan syirik dengan menyembah berhala dan orang Kristian mengsifatkan Nabi Isa itu anak Tuhan, sehingga Allah member penjelasan dengan diturunakan surah Al-Ikhlas bagi menafikan bahawa Allah mempunyai anak dan diperanakkan. Lantaran salah faham itu dan bagi membetulkan akidah mereka yang sesat itulah Allah mengutus Nabi Muhammad SAW. Tetapi Nik Aziz anggap ayat itu sebagai Allah membenar orang bukan Islam mengguna kalimah Allah yang dirujuk kepada keyakinan syirik mereka. Apakah fikiran Nik Aziz masih serupa ditahap orang jahilian?



Sekiranya, Nik Abdul Aziz menjadikan ayat tersebut sebagai hujjah untuk membolehkan  kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam yang merujuk kepada keyakinan syirik mereka, bererti beliau telah salah faham dengan maksud ayat tersebut, kerana sekiranya penggunaan kalimah Allah oleh masyarakah jahiliah dibenarkan oleh Allah dan dianggap tidak salah, kenapa Allah mengutus Nabi Muhammad SAW datang untuk membetulkan salah faham mereka  tentang Allah (tauhid). Sebab mereka (orang jahiliah) salah guna kalimah “Allah” itu yang dirujuk kepada berhala mereka dan salah faham mereka tentang amalan syirik penyembahan berhala itulah, Allah mengutus Nabi Muhammad SAW bagi menbetulkan kesilapan keyakinan mereka dan juga membetulkan cara beribadah mereka dengan meletakkan patung-patung di sekeliling Ka’abah.





Selain  itu, kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyebut “penggunaan kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan…” sebagai kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan Nik Abdul Aziz. Memang benar jika dibenar atau dibiarkan penggunaan kalimah Allah diguna dalam Bible atau mana-mana kitab agama bukan Islam, sudah pasti kalimah tersebut dirujuk kepada konsep ketuhan seperti yang mereka yakin. Kalau kalimah Allah dibenarlah diguna dalam Bible, sudah tentu orang Kristian akan merujuk maksud Allah itu kepada Nabi Isa, inilah yang dimaksudkan salah guna kalimah tersebut. Sedangkan keyakinan mereka bahawa Nabi Isa sebagai anak Tuhan pun sudah menyalahi akidah sebenar. Di sinilah Nik Aziz tidak berhalusi dalam mengeluarkan pendapatnya. Ini pendapat politik yang salah yang cuba diserapkan dalam agama.



Pendapat ini bukan sahaja mengelirukan umat Islam, bahkan orang bukan Islam pun nanti akan keliru, jika mereka telah yakin Allah itu macam patung-patung penyembahan mereka atau orang orang Kristian merujukkan kepada konsep trinity yang mensifatkan Nabi Isa anak Tuhan, tentu Allah itu dianggap macam manusia berkaki dan bertangan. Kalau sekiranya Nik Abdul Aziz hendak menjelaskan kepada mereka jika ditanya tentang sifat-sifat Allah, jika Nik Aziz mengatakan Allah itu tidak serupa dengan makhluk manusia, tentu orang Kristian keliru, kerana mereka belajar dalam Bible bahawa Allah itu dirujuk kepada Nabi Islam yang rupanya manusia. Dibimbangkan nanti, kerana hendak mempertahakan pandapatnya, Nik Abdul Aziz akan menjelaskan konsep ketuhanan itu dengan mengguna fahaman Mujassimah, menyerupai Allah dengan makhluk.



Kenapa Kristian Hendaklah Allah Sahaja dan Tidak Mahu Menerima dan Mengakui Nabi Muhammad Sebagai Rasul



Selain itu, persoalan kedua pula, kenapa pihak Kristian beria-ia sangat nak guna nama Allah. Sedangkan Allah sendiri yang melantik Nabi Musa dan Nabi Isa sebagai nabi dan rasul dan juga melantik Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir dan tidak ada lagi nabi dan rasul selepas Nabi Muhammad semua mereka diakui oleh Allah. Bahkan, Nabi Muhammad dan umat beliau diwajibkan mengakui bahawa Nabi Isa as sebagai nabi dan rasul, sedangkan orang Kristian tidak mahu mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul, bahkan menghina-hina pula Nabi Muhammad dengan karikator (kartun) dan dalam filem-filem yang sengaja dilakunkan…?



Kenapa orang Kristian hanya nak guna nama Allah sahaja, dalam masa yang sama mereka menolak dan tidak mahu mengakui dan menerima Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul, sedangkan Allah, Nabi Muhammad SAW sendiri dan umat Islam menerima dan mengakui Nabi Isa sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad juga ialah kekasih Allah. Mereka menerima Allah, tetapi menolak dan menghina-hina kekasih Allah.



PAS Patut Cadang orang Bukan Islam agar Terima Allah dan Nabi Muhammad Sekali



Demikian juga pihak PAS, khususnya Mursyidul Amnya, kenapa memperjuangkan sangat supaya kalimah Allah itu supaya dibolehkan diguna oleh orang bukan Islam, khususnya Kristian, apakah itu cara dakwah PAS untuk membetulkan akidah (konsep trinity) orang Kristian  atau suatu cara untuk menarik mereka kepada Islam, sedangkan PAS tidak pula mencadangkan agar dalam masa yang sama orang Kristian patut menerima dan mengakui juga Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul, sebagai mana umat Nabi Muhammad SAW (umat Islam) mengakui dan menerima Nabi Isa as, termasuk Nabi Musa as sebagai nabi dan rasul…?



Dalam hal ini, sepatutnya di samping PAS mendesak agar umat Islam membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah, PAS juga wajib memberitahu orang bukan Islam, khususnya orang Kristian agar sama-sama mengakui Nabi Muhammad SAW adalah sebagai nabi dan rasul akhir zaman yang wajib dikuti ajaran yang dibawanya yang datang daripada Allah yang mereka nak gunakan nama-Nya itu. Kenapa PAS tidak bertegas dalam hal ini, demi kerana perjuangan Islam…?  Atau kerana memperjuangkan politik untuk mengaut undi bukan Islam dalam PRU-13…?








Allah Beri Amaran Kepada Mereka yang Cuba Bermain Politik dengan Allah



Bagi golongan yang cuba bermain politik dengan kalimah Allah dengan cara menggunakan pelbagai helah politik (tipu daya), Allah telah memberi amaran dalam al-Quran; “Orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.” (Surah Ali Imran ayat 54).



Dalam ayat lain, Allah berfirman lagi; “Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka...” (Surah al-Nisa’ ayat 142).

Saturday, June 23, 2012

Bukti “Negara Berkebajikan” Pakatan Rakyat Utamakan Projek “Main-main” daripada Keperluan Asas Kebajikan Rakyat


Bukti “Negara Berkebajikan” Pakatan Rakyat Utamakan Projek “Main-main” daripada Keperluan Asas Kebajikan Rakyat

Bulitin SELANGOR KINI terbitan 22-29 Jun 2012 menyiarkan pada muka depan RM8.5 juta untuk cat semua pangsapuri seluruh Selangor. Berita itu diumumkan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Iskandar Samad.

Sementara pada muka bekalang  edisi sama bulitin itu menyiarkan pula Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membina infrastruktur sukan seluruh negeri. Berita ini diumumkan oleh Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi.


Berdasarkan pengumuman Kerajaan Selangor ini jelasalah bahawa Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat lebih mengutamanakan projek “main-main” daripada keperluan asas kebajikan untuk rakyat. Untuk projek bermain-main diperuntukkan sebanyak RM30 juta, sedangkan untuk keperluan asas rakyat cuma RM8.5 juta, itupun cuma untuk cat dinding pangsapuri dan baiki lef sahaja. 

Peruntukan cat bangunan pangsapuri pula ia lebih kepada untuk menyedapkan pandangan mata daripada keperluan perut dan lain-lain kebajikan rakyat. Sedangkan untuk projek sokan (main), walaupun saya tidak menyatakan tidak penting, tetapi perbezaan peruntukan untuk keperluan asas berbanding RM21.5 juta daripada keperluan asas  kebajikan rakyat yang cuma RM8.5 juta saahaja, sukan RM30 juta. Inikah dasar Negara Berkebajikan PR yang lebih mengutamakan projek bukan keperluan asas daripada keperluan asas rakyat ?

Itu di segi nilai peruntukan, belum tahu lagi siapa yang dapat lebih untung dari kontrak melakukan kerja mengecat itu. Juga kerja kontrak menyediakan pembinaan infrastruktur sokan. Pada saya peruntukan ini lebih kepada untuk memberi “imbuhan” kepada para kontraktor yang bakal mendapat tender projek-projek berkaitan. Exco terbabit atau para pegawainya mungkin ada la komisyen daripada projek tu… (?).

Kalau demikianlah sikap kerajaan PR yang di dalamnya ada PKR, PAS dan DAP ialah kerajaan 'Penipu Agama" kerana meminggirkan fakir miskin dan orang yang memerlukan kebajikan. Ini bukan saya kata tapi apa yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran surah al-Ma'un, maksudnya; “Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai dari solatnya, (celaka juga) orang yang berbuat riya (melakukan sesuatu amal perbuatan tidak untuk mencari keridhaan Allah akan tetapi untuk mencari pujian atau kemasyhuran di masyarakat), dan (celaka juga orang yang) enggan (menolong dengan) barang berguna (al-Ma’um).” 

Menurut Imam Ibnu Kathir (dalam Tafsir Ibnu Kathir) yang menafsir ayat ini bahawa, dianggap celaka dan orang menipu agama ialah orang yang tidak menunaikan ibadah dengan baik (solat tidak dengan kusyuk), tidak melakukan kebajikan (kebaikan) terhadap sesama makhluk dan tidak mahu memberi pinjaman akan barang-barang keperluan terhadap pihak yang memerlukan.

Sementara ada ulama lain mensifatkan ayat ini, bahawa Allah mengecam pihak yang mampu, yang enggan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan, sama ada berupa wang atau harta benda. Kerana menurut pendapat Al-Khitabi, bahawa maksud “al-ma’un” ialah suatu benda yang mesti diberikan kepada mereka yang meminta (atau yang tidak memintak, kerana menjaga maruah, tetapi mereka golongan yang memerlukan). 
 
Dalam hal ini, kerajaan PK yang tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam surah al-Ma’un tergolongan ke dalam golongan “pendusta agama” dan tergolongan dalam golongan orang yang dianggap “celaka” oleh Allah. Mereka hanya bercakap sahaja nak tegak “Negara Berkebajikan”, tanpa melaksanakan dalam realiti, bila membelajakan wang rakyat mereka tidak mengutamakan "keperluan asas rakyat", sebaliknya memperuntukkan lebih banyak kepada aktiviti "main" sahaja. Sebenarnya merekalah “golongan pendusta agama” dan dianggap “celaka” oleh Allah dalam surah Al-Ma’un.

 Cuba-cubalah fikir-fikirkan….  

Sunday, June 17, 2012

PAS bimbang PRU13 dan Dengki dengan BR1M kerena mendahuli “Negara Berkebajikan”


PAS bimbang PRU13 dan Dengki dengan BR1M kerena mendahuli “Negara Berkebajikan”

Isu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji, sebenarnya dicetuskan oleh PAS kerana mereka takut, Datuk Seri Najib umumnya PRU13 musim haji ini. Sebenarnya PAS takut PRU diadakan dalam masa terdekat, kerana mereka belum bersedia.

Selain itu PAS hendak menimbulkan kemarahan orang Melayu/Islam terhadap UMNO dan BN yang dianggap memonopoli keputusan tarikh PRU, jika DS Najib umjum pilihan raya musim haji. Padahal Datuk Seri Najib akan pertimbangkan dalam semua segi, jika ingin mengumumkan tarikh PRU13. Kalau musim haji, bukan orang PAS sahaja pergi haji, orang UMNO, PKR, DAP (Melayu) ada juga pergi Haji. Raya Haji dijangka 24 Oktober 2012. Saya yakin bahawa tak mungkin Datuk Seri Najib akan menganiaya orang Islam yang layak mengundi, yang masih lagi melakukan ibadah haji. Tapi pasal PAS takut partinya kalah, dia buat macam-macam tohmah dan andaian.

BR1M Bukti Datuk Seri Najib Tidak mendusta agama

Datuk Seri Najib telah membayangkan akan membantangkan Budget 2013 pada Sessi Parlimen bulan September ini. Kerajaan juga dijangka memberi BR1M kedua dan lain-lain bantuan kebajikan kepada rakayat. Sedangkan PAS cuma janji mulud sahaja nak tegak “Negara Berkebajikan”, tak macamana bentuk pun masih kabur.

Datuk Seri Najib, selaku pemimpin yang memegang amanah Allah SWT, DS Najib telah buktikan bahawa beliau telah melaksanakan perintah Allah SWT yang terdapat dalam surah al-Ma’un.

Firman Allah, maksudnya; “Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai dari solatnya, (celaka juga) orang yang berbuat riya (melakukan sesuatu amal perbuatan tidak untuk mencari keridhaan Allah akan tetapi untuk mencari pujian atau kemasyhuran di masyarakat), dan (celaka juga orang yang) enggan (menolong dengan) barang berguna (al-Ma’um).” 

Pelbagai pendapat berkiatan dengan maksud ‘al-ma’um’. Umumnya para ulama memberi maksud “zakat”, tapi ada ulama menafsirkan al-ma’un termasuk barang-barang keperluan dalam sesebuah keluarga, seperti peralatan keperluan dapur seperti pisau, kapak, baldi, periuk belanga dan lain-lain.

Menurut Ibnu Kathir yang menafsir ayat ini bahawa, dianggap celaka dan orang menipu agama ialah orang yang tidak menunaikan ibadah dengan baik (solat tidak dengan kusyuk), tidak melakukan kebajikan (kebaikan) terhadap sesama makhluk dan tidak mahu memberi pinjaman akan barang-barang keperluan terhadap pihak yang memerlukan.

Sementara ada ulama lain mensifatkan ayat ini, bahawa Allah mengecam pihak yang mampu, yang enggan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan, sama ada berupa wang atau harta benda. Kerana menurut pendapat Al-Khitabi, bahawa maksud “al-ma’un” ialah suatu benda yang mesti diberikan kepada mereka yang meminta (atau yang tidak memintak, kerana menjaga maruah, tetapi mereka golongan yang memerlukan).  

Dalam hal ini, tindakan DS Najib memberi bantuan BR1M adalah beliau melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam surah al-Ma’un. Dengan itu beliau terbebas daripada tergolongan ke dalam golongan “pendusta agama” dan tidak tergolongan orang yang dianggap “celaka” oleh Allah. Sebaliknya, golongan yang hanya bercakap sahaja nak tegak “Negara Berkebajikan”, tanpa melaksanakan dalam realiti, dan mereka sangka buruk kepada usaha kebajikan yang dilakukan oleh DS Najib, sebenarnya merekalah “golongan pendusta agama” dan dianggap “celaka” oleh Allah dalam surah Al-Ma’un.

BR1M adalah bantuan keperluan bagi meringakan beban rakyat. Apakah, apa yang DS Najib lakukan itu salah di sisi Islam? Bukankah dalam surah Al-Ma’un Allah mensifatkan sebagai “penipu agama” orang tidak membantu orang miskin. Dan diherdik sebagai golongan yang “celaka” terhadap orang yang tidak memberi bantuan barang keperlua (al-Ma’un) kepada orang yang memerlukan?. Dalam hal ini DS Najib telah laksanakan BR1M (bantuan kebajikan), dan beliau bukan lagi “penipu agama” macam orang PAS. Soal kononnya niat kerajan nak pancing undi, itu masalah lain. Soal niat itu hubungan antara DS Najib dengan Allah SWT, yang Allah sendiri akan menilainya, itu urusan Allah, kenapa PAS perlu campur tangan?.

Kalau PAS berani mendakwa undi PAS dapat pahala, apakah hak memberi “pahala” itu hak PAS, bila pula Allah amanahkan kepada PAS untuk mengagih-agihkan pahala kepada orang yang mengundi PAS. Bagaimana dengan orang bukan Islam yang undi PAS dapat pahala juga ke…?. 

Pahala adalah kurniaan Allah, dan dengan bekalan pahala seseorang itu akan dapat masuk syurga, itu janji Allah. Tapi bila PAS beri jaminan undi PAS dapat pahala, maka orang bukan Islam pun dapat pahala juga ke…? Kalau macam tu orang bukan Islam tak payah ucap syahadah (tak payah anut Islam), pangkah saja PAS dapat pahala dan dapat masuk syurga… Apa cerita ni… Nak pancing undi cara janji pahala mudah, tak perlu keluar belanja. Tapi nak laksanaka “Negara Berkebajikan” seperti BR1M kena ada banyak wang… PAS tak mampu lagi, nak tunggu menang PRU dulu. Itu janji Mat Jenin. 

Tapi, apa-apa pun, yang dilakukan oleh DS Najib ialah menepati apa yang disebut oleh Allah SWT dalam surah Al-Ma’un. Soal niat, itu urusan Allah SWT yang menilainya. Kita tidak tahu apa yang ada di dalam hati seseorang, Allah SWT sahaja yang mengetahui dan menilainya. Orang lain, khususnya (ulama) PAS tidak diberi hak oleh Allah SWT dapat melihat apa yang ada di dalam hati seseorang. Hatta Rasulullah SAW pun tidak tahu apa yang ada dalam hati umatnya, kecuali apa yang Allah SWT beritahu kepadanya. Apakah Nik Aziz tahu melebihi daripada pegetahuan Allah…? Sehingga berani mendakwa undi PAS dapat pahala, undi UMNO neraka…? Apakah Nik Aziz diberi amanah untuk agih-agih pahala pada orang yang undi PAS, termasuk kepada orang bukan Islam…?

Firman Allah, maksudnya; “Dia (Allah) mengetahui apa yang kamu rahasiakan (dalam hati) dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan (sama ada niat ikhlas atau tidak).” (Surah al-An’am ayat 3).  

Firman Allah, maksudnya; “Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu (sama ada nak diberi palaha/syurga atau dosa/neraka). Maka Allah mengampuni sesiapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah ayat 284).

Ayat-ayat di atas ertinya bahawa menentukan untuk diberi balasan pahala (syurga) dan dosa (neraka) adalah urusan Allah. Kerana pahala dan dosa milik Allah, demikian dengan syurga dan neraka. Bukan hak PAS, dan bukan PAS boleh tentukan. 

Ini yang PAS dan PR bimbang. PAS bimbang BR1M menempelak PAS yang menjanjikan “Negara Berkebajikan”, sebab itu PAS memfitnah DS Najib dengan macam-macam… Semuanya kerana dengki.

Monday, September 26, 2011

PAS Gagal Tunai janji untuk tegak undang-undang Islam

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) 1993 yang diluluskan oleh dewan Undangan Negeri Kelantan secara bulat suara pada 25 November 1993 tidak menepati Hudud Islam, tetapi lebih kepada Hudud PAS

Isu yang sering dijaja oleh PAS untuk menarik sokongan para penyokong PAS dan umat Islam amnya ialah isu hendak melaksanakan undang-undang Islam, iaitu hudud jika dapat memerintah. Selepas kemenangan PAS dapat menguasai dua negeri, Kelantan dan Terengganu pada pilihanraya ke-10 (1999), PAS lalu mengemukan draf Hudud, tetapi ditolak oleh Parlimen atas sebab-sebab terdapat banyak kelemahan untuk diakui sebagai Hudud Islam, sebaliknya hanya sebagai Hudud PAS sahaja. Bila PAS sendiri setuju membuat pindaan, jelas menandakan undng-undang itu bikinan manusia, jika mereka mendakwa sebagai undang-undang Allah yang diambil daripada al-Quran dan hadis, mana boleh dipinda-pinda hukm Allah. Itulah hujah UMNO yang menolak draf Huduh PAS itu kerana penolakan itu bukan bererti menolak undang-undang Allah, tetapi undang-undang PAS yang terdapat banyak kelemahan.

Namun PAS tetap tidak berpuasa hati dan tetap melemparkan tuduhan kepada kerajaan BN yang didominasi oleh UMNO sebagai sesat dan kerajaan toghut kerana kononnya menolak undang-undang Islam. PAS mendakwa, siapa yang mengkritik draf Hudud PAS sebagai mencabar hukum Allah, menjadi murtad dan terkeluar dari Islam.

Pihak PAS tetap berusaha menyakinkan rakyat bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) 1993 yang diluluskan oleh dewan Undangan Negeri Kelantan secara bulat suara pada 25 November 1993 dan draf Enekmen Huhud Terengganu adalah menepati kehendak hudud Allah yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Manakala di pihak UMNO pula dengan tegas dan berani mendakwaan enakmen tersebut tidak boleh dinamakan hukum hudud Allah, bahkan mensifatkannya sebagai Hudud PAS sahaja.

Ramai juga di antara bekas-bekas aktivis PAS di Kelantan dan Terengganu dengan berani turut mengeluarkan kenyataan bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu pimpinan PAS adalah hudud manusia dan bukannya hudud Allah.

Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir (sekarang Tun) dalam ucapan penggulungnya semasa hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ke-54 menyindir PAS, katanya; “Kita tak berasa kita salah apabila kita menolak hukum Hudud PAS. Hukum Hudud PAS antara Kelantan dan Terengganu pun tak sama, macam mana cerita, lepas itu Terengganu buat pindaan, berapa kali nak buat pindaan. Jadi bagi PAS apabila dia buat pindaan tak apa, kalau kita nak pinda sikit tafsiran berkenaan agama Islam, oh! itu salah, kita mesti terima semua tafsiran”.

Jadi, bila hukum hudud PAS Terengganu boleh dipinda-pinda, itu menandakan bahagian yang dipinda itu bukanlah hukum datang dari Allah yang terdapat dalam al-Quran, kalau datang dari Allah mana boleh di pinda-pinda. Pinda hukum dalam al-Quran mana boleh. Tapi peliknya PAS mendakwa ia sebagai hukum Islam total.

Sebenarnya ditegaskan lagi hukum hudud di Kelantan dan Terengganu bukan hudud Islam tetapi hudud buatan PAS sen­diri yang mengubahsuai hukum Allah kemudian melabelkannya sebagai hukum Allah dan mendakwa hukum Islam yang wajib diterima tanpa soal jawab.

Kepada pengubal enakmen-enakmen tersebut dan kepada seluruh pemimpin PAS yang mengelirukan orang yang jahil, kita bacakan kepada mereka firman Allah swt. yang bermaksud; “Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri lalu dikatakannya ini dari Allah den­gan maksud untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka kerana apa yang tulis oleh tangan mereka sendiri dan kecelakaan besarlah bagi mereka kerana apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Baqarah: 79)

Atas kegagalan PAS Terengganu menunaikan janjinya selepas PRU 10 (1999), lalu pada PRU 11 (2004) Terengganu kembali ke pangkuan BN. Sehingglah dalam PRU 12 (2008) PAS tidak lagi timbulkan isu hudud dan isu negera Islam lagi, sebaliknya membuat manifesto “Negara Kebajikan” pula. Taktik PAS mengalih perhatian daripada isu Hudud dan isu Negara Islam (kerana ditentang oleh DAP) kepada isu Negara Kebajikan disifatkan oleh rakyat sebagai suatu kegagalan PAS dalam melaksanakan janjinya untuk menegakkan undang-undang Islam. Sebaliknya atas kegagalan itu PAS menuding jari dan menuduh UMNO sebagai punca kegagalan mereka. Tetapi tidak mendapat sambutan. Selain kesilapan dalam mengemukakan draf hudud yang terdapat banyak sekali kelemahan, PAS Terengganu melakukan kesilapan lain kerana cepat untuk melaksanakan undang-undang kutipan “kharaj” (cukai kepala) ke atas rakyat bukan Islam. Sehingga mendapat bantahan daripada pelbagai pihak melalui NGO yang mewakili bukan Islam.

Bila PAS kalah dalam perjuangan (pilihanraya), ini satu lagi bukti bahawa PAS bukan parti Islam dan ia tidak bercita-cita dengan penuh keikhlasan untuk memperjuangkan Islam tulin. Jika PAS benar-benar sebagai sebuah parti Islam dan bercita-cita menegakkan ajaran Islam sebenar, tentu telah berjaya dan Allah tidak izinkan dikalahkan oleh golongan yang mereka anggap sebagai musuh mereka. Ini didasarkan kepada sabda Nabi SAW yang menjamin parti Islam tidak dapat dihancurkan oleh musuh.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; “Sentiasalah (yakni setiap masa) ada satu toiffah (kumpulan) yang dapat menzahirkan kebenaran di tengah masyarakat dan ia tidak dapat dirosakkan oleh orang yang menentangnya. Ia tetap kekal dan hidup sehinggalah hari kiamat.” (Riwayat Muslim, At Tirmizi dan Ibnu Majah).

Jadi, bila PAS dapat dikalahkan, menandakan perjuangan PAS bukanlah perjuangan kebenaran seperti mana yang dikehendaki oleh hadis di atas. Sebab itu Allah tidak memberi pertolongan. Sejak dahulu hingga ke hari ini PAS telah berjuang sudah setengah abad, cuma baru dapat dua negeri. Segi logiknya, nak tunggu berapa tahun lagi untuk menawan 13 negeri lagi. Jika PAS terus menerus dengan teknik dan stail perjuangan sekarang ini dan tidak berubah, selama itu PAS akan tetap jadi alat kepada DAP dan PKR untuk semata-mata menjadi penyokong kepada parti dan pemimpin yang tidak ada cita-cita Islam

Dalam hal ini PAS janganlah sombong dengan teguran ini dan juga hendaklah PAS akui kelemahannya dan mencari jalan terbaik untuk mengejar keredhaan Allah, bukan mengejar pengaruh rakyat atau pengaruh tokoh-tokoh tertentu dalam Pakatan Rakyat. Berikut ini dipaparkan kajian terhadap kesilapan Enekmen Hudud yang pernah dikemukan oleh PAS tahun 1993.

Dalam undang-undang hudud PAS membuang undang-undang Bughah

Dalam undang-undang hudud PAS, mereka membuang undang-undang Bughah. Ertinya mereka meminda undang Islam yang asal yang terdapat di dalam kanun undang-undang jenayah Islam yang sebenar. Lihat bahagian 1 Fasal 4, PAS sengaja tidak memasukkan fasal tentang penderhakaan kepada kerajaan Islam (Bughah) sebagai satu kesalahan di bawah hudud pada hal mazhab Syafei dan Maliki menerimanya sebagai satu kesalahan jenayah syariah. Ini menunjukkan PAS tidak bersungguh-sungguh untuk menegakkan undang-undang Islam, mereka cuma memilih yang sesuai dengan nafsu dan menolak yang berkemungkinan akan memakan diri sendiri.

PAS membuang undang-undang jenayah Pencerobohan, Meninggal Sembahyang, Sumpah sabit pembunuhan, Rasuah, Pecah Amanah dan Pengedaran Dadah

Kesilapan PAS lagi dalam mengemukakan draf hudud PAS ialah mereka meninggalkan beberapa perkara yang menjadi undang-undang Jenayah Syariah mengikut kitab‑kitab Feqah Mazhab Syafie. Perkara‑perkara itu ialah Akta Pencerobohan (Al-Shial), Taarikhul Solah (Meninggalkan sembahyang), Sumpah yang mensabitkan pembunuhan (Al-Qasamah), Rasuah, Pecah Amanah dan Mengedar Dadah.

Ini bererti, jika undang-undang itu dilaksanakan dalam negara Islam impian PAS, mengikut kepada draf asalnya, maka seolah-olah PAS menganggap orang yang melakukan pencerobohan, meninggalkan sembahyang, sumpah yang mensabitkan pembunuhan, rasuah, pecah amanah dan mengedar dadah bukan suatu kesalahan.

Hudud PAS tidak menganggap rogol sebagai satu jenayah

Hudud PAS juga tidak memasukkan rogol sebagai satu jenayah menurut syariah. Sementara fasal 46(2) amat mendukacitakan kerana mendedahkan wanita yang dirogol dan hamil kerana dirogol dikenakan hukuman seperti hukuman ke atas orang berzina jika tidak dapat membuktikan ia dirogol. Ertinya, bila wanita yang dirogol itu mengandung disebabkan rogol tanpa dapat membuktikan bahawa ia dirogol, lalu ia didakwa sebagai melakukan zina dan dihukum.

Hudud PAS bertentangan dengan kehendak al-Quran

Draf Enakmen Hudud PAS juga memberi pilihan kepada orang bukan Islam memilih sama ada mahu dihukum oleh makamah syariah atau menurut hukuman yang dikanunkan oleh Kanun Jenayah Syariah (11) 1993 atau mahu memlih dihukum dengan undang‑undang (sivil) yang sedia ada. Hal ini tercatit dalam fasal 56(2). Fasal ini jelas bertentangan ayat al-Quran yang bermaksud, “Dan apabila kamu menghukum di antara manu­sia maka hukumlah dengan adil.” (Al-Nisa’: 58). Ayat ini jelas merujukkan kepada manusia secara umum tanpa mengira agama, bangsa dan darjat keturunan.

PAS Mengiktiraf hakim bukan Islam mengendalikan kes dalam mahkamah syariah

Enakmen hudud PAS dibuat secara tergesa‑gesa, tidak rapi, tidak tersusun dan tidak lengkap, bahkan memberi terlalu banyak kuasa kepada hakim untuk mentafsirkan sebarang perkataan, perbahasan dan rangkaikata yang ada sedangkan enakmen ini tidak menjelaskan secara terperinci ciri‑ciri hakim yang mengandalikan mahkamah syariah khas.

Bahkan, dalam bab hakim, sesiapa sahaja tanpa mengira agama boleh dilantik. Lihat Fasal 68, menyatakan sesiapa sahaja yang sedang atau pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya atau Borneo atau Hakim Mahkamah Agung atau sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan untuk menjadi hakim mana‑mana mahkamah tersebut.

Fasal ini dengan jelas mengiktirafkan hakim mahkamah yang PAS anggap sebagi mahkamah taghut (kerana mahkamah biasa disifatkan oleh PAS sebagai mahkamah taghut) dan ini juga bererti PAS menerima pakai dan mengiktirat hakim yang dituduh taghut itu dalam mahkamah syariah PAS. Ini kerana mahkamah bi­asa mengambil hakim tanpa mengira agama.

Pada Fasal 68 PAS tidak nyatakan syarat‑syarat hakim secara rapi dan jelas sepertimana syarat‑syarat saksi. Pada Fasal 68 juga menunjukkan PAS mengiktiraf Qadhi Besar atau Mufti kerajaan tanpa batasan kepada mana‑mana negeri da­lam dunia ini. Ini juga satu kelonggaran yang merapuhkan enakmen hudud PAS

Hudud PAS mendorong orang Islam murtad kerana membenarkan tidak mengakui Islam jika berbuat salah

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dianggap lemah kerana mensyaratkan orang ha­nya dikira murtad dan dihukum hanya jika dia mengatakan bahawa dia memang berniat untuk murtad. Sila rujuk fasal 23. Enakmen ini seolah‑olah menggalak­kan orang ramai mengaku tidak Islam, kerana fasal 56(2) mengecualikan orang bukan Islam dari hukuman, ini menghapuskan roh perundangan Islam.

Fasal 56(2) ini juga bercanggah dengan kenyataan Nik Abdul Aziz yang disiarkan oleh Berita Harian 19.10.1993 yang di antara lain menyebut “Kerajaan negeri mengumumkan bahawa masya­rakat bukan Islam di negeri ini juga tidak terkecuali daripada hukum Hudud jika ia dilaksanakan di Kelantan.” (Utusan Malaysia 4 Mei 1992.)

Fasal 56(2) juga bercanggah dengan apa yang dituliskan oleh Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Terengganu Ustaz Abu Bakar Abdullah di dalam bukunya Kearah Perlaksanaan Undang‑undang Islam di Malaysia: masalah dan penyelesaiannya muka surat 222 yang menyebut “di dalam bidang jenayah undang‑undang Islam mewajibkan perlaksanaannya meliputi orang Islam dan bukan Is­lam kerana Islam menganggap bahawa kesalahan jenayah melibatkan individu, masyarakat dan negara. Oleh itu la mestilah dipatuhi dan diikuti oleh semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama

Fasal 56(2) juga bercanggah dengan buku karangan Haji Muhammad Nor Abdul Majid, Bekas Pagawai Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Kelantan yang disahkan oleh Mufti Kelantan dan disiarkan oleh Harakah 10.4.92 yang menyatakan “Hudud diwajibkan juga ke atas orang bukan Islam itu kerana berasaskan lima fakta.” (Lihat: Harakah 10.4.92).

Demikian beberapa contoh kesilapan PAS dalam membuat draf hukum hudud dan banyak lagi kesilapan mereka yang setelah itu mendakwa pula sebagai Hudud Islam dan undang-undang Allah kita patut ucapkan terima kasih kepada UMNO kerana menolak draf itu, kalau tidak tentu akan timbul kekeliruan, ketika itu orang bukan Islam akan mensifatkan Islam sebagai suatu agama yang tidak bersifat global. Lantaran itu tidak hairanlah dengan penuh sinis Karpal Singh dalam akhbar Watan terbitan 27 Disember 1990 lebih dahulu menyindir usaha PAS Kelantan untuk menegakkan undang-undang Islam sebagi sia-sia. Jelas selepas itu memang PAS gagal melaksanakan impiannya.

(Petikan dari buku 70 Dalil Impian PAS Jadi Kenyataan)