Saturday, June 23, 2012

Bukti “Negara Berkebajikan” Pakatan Rakyat Utamakan Projek “Main-main” daripada Keperluan Asas Kebajikan Rakyat


Bukti “Negara Berkebajikan” Pakatan Rakyat Utamakan Projek “Main-main” daripada Keperluan Asas Kebajikan Rakyat

Bulitin SELANGOR KINI terbitan 22-29 Jun 2012 menyiarkan pada muka depan RM8.5 juta untuk cat semua pangsapuri seluruh Selangor. Berita itu diumumkan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Iskandar Samad.

Sementara pada muka bekalang  edisi sama bulitin itu menyiarkan pula Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membina infrastruktur sukan seluruh negeri. Berita ini diumumkan oleh Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi.


Berdasarkan pengumuman Kerajaan Selangor ini jelasalah bahawa Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat lebih mengutamanakan projek “main-main” daripada keperluan asas kebajikan untuk rakyat. Untuk projek bermain-main diperuntukkan sebanyak RM30 juta, sedangkan untuk keperluan asas rakyat cuma RM8.5 juta, itupun cuma untuk cat dinding pangsapuri dan baiki lef sahaja. 

Peruntukan cat bangunan pangsapuri pula ia lebih kepada untuk menyedapkan pandangan mata daripada keperluan perut dan lain-lain kebajikan rakyat. Sedangkan untuk projek sokan (main), walaupun saya tidak menyatakan tidak penting, tetapi perbezaan peruntukan untuk keperluan asas berbanding RM21.5 juta daripada keperluan asas  kebajikan rakyat yang cuma RM8.5 juta saahaja, sukan RM30 juta. Inikah dasar Negara Berkebajikan PR yang lebih mengutamakan projek bukan keperluan asas daripada keperluan asas rakyat ?

Itu di segi nilai peruntukan, belum tahu lagi siapa yang dapat lebih untung dari kontrak melakukan kerja mengecat itu. Juga kerja kontrak menyediakan pembinaan infrastruktur sokan. Pada saya peruntukan ini lebih kepada untuk memberi “imbuhan” kepada para kontraktor yang bakal mendapat tender projek-projek berkaitan. Exco terbabit atau para pegawainya mungkin ada la komisyen daripada projek tu… (?).

Kalau demikianlah sikap kerajaan PR yang di dalamnya ada PKR, PAS dan DAP ialah kerajaan 'Penipu Agama" kerana meminggirkan fakir miskin dan orang yang memerlukan kebajikan. Ini bukan saya kata tapi apa yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran surah al-Ma'un, maksudnya; “Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai dari solatnya, (celaka juga) orang yang berbuat riya (melakukan sesuatu amal perbuatan tidak untuk mencari keridhaan Allah akan tetapi untuk mencari pujian atau kemasyhuran di masyarakat), dan (celaka juga orang yang) enggan (menolong dengan) barang berguna (al-Ma’um).” 

Menurut Imam Ibnu Kathir (dalam Tafsir Ibnu Kathir) yang menafsir ayat ini bahawa, dianggap celaka dan orang menipu agama ialah orang yang tidak menunaikan ibadah dengan baik (solat tidak dengan kusyuk), tidak melakukan kebajikan (kebaikan) terhadap sesama makhluk dan tidak mahu memberi pinjaman akan barang-barang keperluan terhadap pihak yang memerlukan.

Sementara ada ulama lain mensifatkan ayat ini, bahawa Allah mengecam pihak yang mampu, yang enggan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan, sama ada berupa wang atau harta benda. Kerana menurut pendapat Al-Khitabi, bahawa maksud “al-ma’un” ialah suatu benda yang mesti diberikan kepada mereka yang meminta (atau yang tidak memintak, kerana menjaga maruah, tetapi mereka golongan yang memerlukan). 
 
Dalam hal ini, kerajaan PK yang tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam surah al-Ma’un tergolongan ke dalam golongan “pendusta agama” dan tergolongan dalam golongan orang yang dianggap “celaka” oleh Allah. Mereka hanya bercakap sahaja nak tegak “Negara Berkebajikan”, tanpa melaksanakan dalam realiti, bila membelajakan wang rakyat mereka tidak mengutamakan "keperluan asas rakyat", sebaliknya memperuntukkan lebih banyak kepada aktiviti "main" sahaja. Sebenarnya merekalah “golongan pendusta agama” dan dianggap “celaka” oleh Allah dalam surah Al-Ma’un.

 Cuba-cubalah fikir-fikirkan….  

No comments: