Bukti “Negara Berkebajikan” Pakatan
Rakyat Utamakan Projek “Main-main” daripada Keperluan Asas Kebajikan Rakyat
Bulitin
SELANGOR KINI terbitan 22-29 Jun 2012 menyiarkan pada muka depan RM8.5 juta
untuk cat semua pangsapuri seluruh Selangor. Berita itu diumumkan oleh Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Iskandar Samad.
Sementara pada
muka bekalang edisi sama bulitin itu
menyiarkan pula Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi
membina infrastruktur sukan seluruh negeri. Berita ini diumumkan oleh Exco Adat
Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi.
Berdasarkan
pengumuman Kerajaan Selangor ini jelasalah bahawa Negara Berkebajikan Pakatan
Rakyat lebih mengutamanakan projek “main-main” daripada keperluan asas kebajikan
untuk rakyat. Untuk projek bermain-main diperuntukkan sebanyak RM30 juta,
sedangkan untuk keperluan asas rakyat cuma RM8.5 juta, itupun cuma untuk cat
dinding pangsapuri dan baiki lef sahaja.
Peruntukan
cat bangunan pangsapuri pula ia lebih kepada untuk menyedapkan pandangan mata
daripada keperluan perut dan lain-lain kebajikan rakyat. Sedangkan untuk projek
sokan (main), walaupun saya tidak menyatakan tidak penting, tetapi perbezaan
peruntukan untuk keperluan asas berbanding RM21.5 juta daripada keperluan asas kebajikan rakyat yang cuma RM8.5 juta saahaja,
sukan RM30 juta. Inikah dasar Negara Berkebajikan PR yang lebih mengutamakan
projek bukan keperluan asas daripada keperluan asas rakyat ?
Itu
di segi nilai peruntukan, belum tahu lagi siapa yang dapat lebih untung dari
kontrak melakukan kerja mengecat itu. Juga kerja kontrak menyediakan pembinaan
infrastruktur sokan. Pada saya peruntukan ini lebih kepada untuk memberi “imbuhan”
kepada para kontraktor yang bakal mendapat tender projek-projek berkaitan. Exco
terbabit atau para pegawainya mungkin ada la komisyen daripada projek tu… (?).
Cuba-cubalah
fikir-fikirkan….
Kalau demikianlah sikap kerajaan PR yang di dalamnya ada PKR, PAS dan DAP ialah kerajaan 'Penipu Agama" kerana meminggirkan fakir miskin dan orang yang memerlukan kebajikan. Ini bukan saya kata tapi apa yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran surah al-Ma'un, maksudnya; “Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan
kepada orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat, (iaitu) orang
yang lalai dari solatnya, (celaka juga) orang yang berbuat riya (melakukan
sesuatu amal perbuatan tidak untuk mencari keridhaan Allah akan tetapi untuk
mencari pujian atau kemasyhuran di masyarakat), dan (celaka juga orang yang)
enggan (menolong dengan) barang berguna (al-Ma’um).”
Menurut Imam Ibnu Kathir (dalam Tafsir Ibnu Kathir) yang menafsir ayat ini bahawa, dianggap celaka dan orang
menipu agama ialah orang yang tidak menunaikan ibadah dengan baik (solat tidak
dengan kusyuk), tidak melakukan kebajikan (kebaikan) terhadap sesama makhluk
dan tidak mahu memberi pinjaman akan barang-barang keperluan terhadap pihak yang
memerlukan.
Sementara ada ulama lain mensifatkan ayat ini, bahawa Allah mengecam pihak
yang mampu, yang enggan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan, sama
ada berupa wang atau harta benda. Kerana menurut pendapat Al-Khitabi, bahawa
maksud “al-ma’un” ialah suatu benda yang mesti diberikan kepada mereka yang
meminta (atau yang tidak memintak, kerana menjaga maruah, tetapi mereka
golongan yang memerlukan).
Dalam hal ini, kerajaan PK yang tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam surah al-Ma’un tergolongan ke dalam golongan “pendusta agama” dan tergolongan dalam golongan orang yang dianggap “celaka” oleh Allah. Mereka hanya bercakap sahaja nak tegak “Negara Berkebajikan”, tanpa melaksanakan
dalam realiti, bila membelajakan wang rakyat mereka tidak mengutamakan "keperluan asas rakyat", sebaliknya memperuntukkan lebih banyak kepada aktiviti "main" sahaja. Sebenarnya merekalah “golongan pendusta agama” dan dianggap
“celaka” oleh Allah dalam surah Al-Ma’un.